BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 15, 2009

Abaya Summer Edition

Di kala musim panas ini, mungkin ramai yang rimas untuk memakai jubah. Tapi, jubah yang dinamakan ‘abaya’ ini tidak akan merimaskan anda walaupun anda memakainya di musim panas. Kebanyakkan ‘abaya’ ini berwarna hitam diceriakan lagi dengan corak yang menarik, sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Abaya ini amat selesa untuk dipakai, jenis fabrik yang digunakan tidak merimaskan dan si pemakai itu kelihatan lebih anggun.. Si pemakai akan kelihatan lebih kurus apabila memakai warna hitam.. Majoriti penduduk arab di timur tengah ini lebih gemar memakai abaya. Harga abaya ini dalam lingkungan RM 75 hingga RM200 mengikut jenis fabrik yang digunakan. Jika ini kali pertama anda melihat abaya ini, cubalah memakainya, tentu anda sukakannya!



Abaya ini juga ada kelainan yang tersendiri. Kebanyakkan corak jubah yang dijual di Malaysia hanya berada di bahagian hadapan baju sahaja. Tapi abaya ini membawa kelainan dengan mengenakan corak sama ada di bahagian belakang baju, sepanjang lengan baju, ataupun hanya di ‘side’ kiri ataupun kanan bahagian hadapan baju.



Ini hanyalah sebahagian daripada contoh abaya yang terdapat di Jordan ini. Banyak lagi corak yang menarik boleh didapati di sini. Berkenaan dengan pemilihan corak, pihak kami tidak beri jaminan 100% bahawa anda akan dapat corak pilihan anda itu. Untuk memudahkan kerja, pihak kami akan membawa pulang ke Malaysia beberapa corak yang kami akan pilih sebaik mungkin, kemudian anda boleh memilihnya nanti mengikut pilihan di hati. InsyaAllah harga amat memuaskan…

0 comments: